Gitar adalah sejenis
alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu
alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik
blues,
desa,
flamenco,
rock dan banyak jenis
pop.
Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan
terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk
biola. Pada kebiasaannya juga terdapat enam
tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun
plektrum
(pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan,
sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh
tukang lut (
luthier). Gitar boleh dimainkan secara
akustik atau boleh bergantung pada
penguat yang selalunya membolehkan manipulasi nada secara elektrik.
Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan yang mendalam pada
budaya popular.
(Wikipedia)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar